Monday, March 29, 2010

PERHATIAN KEPADA PENGERUSI KELAB RAKAN MUDA!!!!



Kepada semua Pengerusi Kelab Rakan Muda, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, KBS ada menghantar surat meminta kelab untuk mengadakan mesyuarat agung selewat-lewatnya 31 Mac 2010. Dalam surat berkenaan ada juga di pohon pihak kelab memberi senarai dan profail ahli jawatankuasa kelab dan statistik keahlian kelab rakan muda..

BPRM memohon agar statistik keahlian kelab dapat diberikan selewat-lewatnya 15 April 2010. Format boleh dirujuk pada link di sebelah kanan (info kelab rakan muda). Kepada sesiapa yang masih belum menerima surat berkenaan sila hubungi kami secepat mungkin di talian 03-887103721 atau e-mail kepada anurarais@kbs.gov.my atau 012-6281982 (Pn. Anura) atau 017-2064083 (Faizal).

Sunday, March 7, 2010

INTERNET PERCUMA DI PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA




Penemuan laporan yang bertajuk ”Community Program to Promote Youth Development” menunjukkan golongan muda yang menghabiskan masa lapang dengan komuniti mereka mendapat lebih peluang untuk membangunkan diri mereka dan program yang dijalankan oleh komuniti adalah secara meluas serta dapat menyokong kepada pembangunan golongan belia melalui usaha menarik minat serta memenuhi kehendak mereka menggunakan pendekatan Pembangunan Belia positif yang juga dikaitkan dengan usaha mengurangkan penglibatkan belia dalam aktiviti berisiko tinggi (Quinn, 1995)..

Pengwujudan Pusat Kegiatan Rakan Muda (PKRM) adalah berasaskan ’Community based intiated project’. Konsep pelaksanaan ini diasaskan kepada pendekatan ”Community Youth Development” dimana ahli dan pemimpin masyarakat setempat dilibatkan dalam usaha-usaha pembangunan golongan muda terutama dari aspek kewangan, sumber setempat termasuk dalam menggerakkan inisiatif menyediakan persekitaran yang kondusif bagi golongan belia tempatan bergerak aktif. Masyarakat atau komuniti menyediakan peluang kepada belia mempelajari bagaimana untuk berhadapan dengan dunia sekeliling mereka – menjelajahi, menghayati, mendapatkan, memperolehi dan mempengaruhi melalui slauran seperti program yang dianjur oleh pihak sekolah, organisasi belia, agama atau sukarela (Newman, Smith & Murphy, 1999).

Pusat Kegiatan Rakan Muda merupakan ruang untuk remaja setempat melaksanakan pelbagai aktiviti Rakan Muda yang juga dikenali sebagai ‘One Stop Center’.
Sebahagian ruang di PKRM akan menempatkan Peralatan Siber dan kemudahan mengakses internet secara percuma serta dapat menubuhkan ruang aktiviti/kegiatan kepada remaja untuk lebih dekat dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD).
Pusat Kegiatan Rakan Muda ini juga akan menampung keperluan belia remaja dalam komuniti dan keperluan interaksi sosial dalam aktiviti serta menggerakkan aktiviti setempat meliputi pelbagai aktiviti menerusi kegiatan ekonomi, sosial, budaya, inovasi dan cinta alam yang dilakasanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda.
Gaya Hidup Rakan Muda menjadi program yang mesra remaja dan dekat dengan sistem budaya setempat. Ia dapat mempertingkatkan daya kreativiti serta pemikiran kritis komuniti berkenaan untuk mereka sendiri berkewajipan memikul beban bersama dalam menangani segala bentuk permasalahan semasa.

Masa beroperasi adalah mengikut zon seperti berikut :

Zon Utara (Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak)
Waktu Operasi : 10.00 pagi - 07.00 malam
Hari Operasi : Selasa hingga Ahad (Cuti hari Isnin)

Zon Tengah (Selangor dan Kuala Lumpur)
Waktu Operasi : 10.00 pagi - 08.00 malam
Hari Operasi : Selasa hingga Ahad (Cuti hari Isnin)

Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan)
Waktu Operasi : 08.00 pagi - 10.00 malam
Hari Operasi : Selasa hingga Ahad (Cuti hari Isnin)

Zon Timur (Terengganu, Kelantan dan Pahang)
Waktu Operasi : 08.00 pagi - 10.00 malam
Hari Operasi : Selasa hingga Ahad (Cuti hari Isnin)

Zon Sabah
Waktu Operasi : 10.00 pagi - 06.00 petang
Hari Operasi : Jumaat hingga Selasa

Zon Sarawak
Waktu Operasi : 12.00 tengahari - 08.00 malam
Hari Operasi : Selasa hingga Ahad

Kemudahan internet yang disediakan di PKRM adalah PERCUMA dan pengguna juga boleh membawa komputer riba sendiri untuk mengakses internet di dalam PKRM dengan mendapatkan ‘kata laluan’ (password) daripada penyelia yang bertugas.

Dengan adanya Pusat Kegiatan Rakan Muda ini juga adalah diharapkan program Rakan Muda akan memberi impak yang lebih besar kepada pembangunan modal insan golongan muda di semua peringkat.

Kewujudan Pusat Kegiatan Rakan Muda ini akan mengurangkan masalah ketiadaan ejen pelakasana program pembangunan belia khususnya di kawasan – kawasan luar bandar ianya turut membantu menyampaikan maklumat kepada kerajaan berkaitan keperluan dan kekurangan di kawasan setempat.

Disediakan oleh : UNIT INFRA RAKAN MUDA, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN.