Thursday, July 8, 2010

RAKAN MUDA TETAP SOKONG HMC PHLOW (SHOWDOWN 2010)

JOHAN SHUFFLE RAKAN MUDA GIG DANCEZ 2008 (TAJAAN RIBENA)

PERSEMBAHAN KHAS WAKIL RAKAN MUDA

SHOWDOWN 2010

CABARAN TARIAN EKSTREM RAKAN MUDA 2009 (JOHAN)

CABARAN TARIAN EKSTREM RAKAN MUDA 2009 (JOHAN)



CABARAN TARIAN EKSTREM RAKAN MUDA 2009 (JOHAN)


KEPADA HMC PHLOW : ANDA TELAH BANYAK MENJUARAI PELBAGAI PERTANDINGAN TARIAN EKSTREM DAN SHUFFLE RAKAN MUDA. ANTARANYA CABARAN TARIAN EKSTREM RAKAN MUDA 2009, GIG DANCEZ RAKAN MUDA 2008 (SHUFFLE) TAJAAN RIBENA, PERSEMBAHAN KHAS RAKAN MUDA UNTUK PELANCARAN HARI BELIA NEGARA 2010, MENYERTAI SIRI KEMBARA KELAB RAKAN MUDA 2009 DAN BANYAK LAGI. ANDA JUGA PEMENANG KFC HOT STEPPERS 2009, PENARI PROFESSIONAL UNTUK ADAM AF, STACY AF DAN BANYAK LAGI... ANDA MEMANG BAGUS!!! HMC (HARSTYLE MAA COMMUNITY) PHLOW...

RAKAN MUDA MENYOKONG RANCANGAN SHOWDOWN 2010 DI 8TV





WAKAKA - Battle of The Year 2009 (BOTY) - Program di One Utama ini adalah disokong oleh Rakan Muda

GBC - Cabaran Tarian Ekstrem Rakan Muda di Plaza Low Yatt, KL

GBC - Battle of The Year 2005 (BOTY) Wakil Malaysia (Rakan Muda) di Bangkok, Thailand


WAKAKA - Battle of The Year 2005 (BOTY) Wakil Malaysia (Rakan Muda) di Bangkok, Thailand


Battle of The Year 2005 (BOTY) Wakil Malaysia (Rakan Muda) di Bangkok, Thailand



F.FEVER - Karnival Remaja Rakan Muda (Hari Belia Negara 2008) di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil


TAHNIAH BUAT KUMPULAN WAKAKA, GILLER BATTLE CREW DAN FLOOR FEVER KERANA TELAH MENJADI TOP 3 SHOWDOWN 2010. KERANA ANDA SUDAH LAMA BERSAMA RAKAN MUDA KAMI TETAP MENYOKONG DAN SANGAT MERASA BANGGA DENGAN BAKAT DAN KEBOLEHAN ANDA SEMUA. TERUSLAH MENYOKONG RAKAN MUDA DAN BUKTIKAN KEPADA MASYARAKAT LUAR SANA BAHAWA TARIAN EKSTREM SEPERTI INI ADALAH SATU KERJAYA YANG SANGAT HEBAT. TAHNIAH! BUAT ANDA SEMUA.

WAKAKA : MENGURUSKAN STUDIO TARIAN DI KOMPLEKS RAKAN MUDA PUCHONG, SELANGOR, PENGANJUR KLINIK GRAFITI RAKAN MUDA SELANGOR 2009, PENGANJUR GIG DANCEZ (CINTA BBOY) DI DATARAN REMAJA BUKIT JALIL 2009 DAN BANYAK LAGI..

GILLER BATTLE CREW : JOHAN CABARAN GIG DANCEZ RAKAN MUDA 2008 (TAJAAN RIBENA), NAIB JOHAN CABARAN TARIAN EKSTREM RAKAN MUDA 2009, AHLI KELAB BELIA EKSTREM ANTI DADAH (BREAD), WAKIL RAKAN MUDA KE BOTY 2005/2006 DI THAILAND DAN SINGAPURA, JOHAN CABARAN BREAKDANCE HARI BELIA NEGARA 2007 DAN BANYAK LAGI..

FLOOR FEVER : MENGURUSKAN STUDIO TARIAN DI KOMPLEKS RAKAN MUDA BUKIT KIARA, KL, PENGANJUR KLINIK GRAFITI 2009 DI
KSN BUKIT JALIL KL, MENYERTAI PROJEK LUKISAN GRAFITI TERPANJANG (MALAYSIA BOOK OF RECORD) 2008, PENGANJUR CABARAN HIP HOP/BREAKDANCE KARNIVAL REMAJA RAKAN MUDA HARI BELIA NEGARA 2008 DAN BANYAK LAGI..

Monday, March 29, 2010

SERTAI CABARAN TARIAN EKSTREM RAKAN MUDA 2010






‘Cabaran Tarian Ekstrem Rakan Muda’ anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Belia Ekstrem Anti Dadah (BREAD)sempena meraikan acara Sambutan Hari Belia Negara 2010 yang akan dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.

‘Cabaran Tarian Ekstrem’ merupakan satu pertandingan tarian rancak yang penuh bertenaga melalui gabungan pelbagai elemen tarian moden seperti Shuffle, Breakdance, Hip-hop, Tecktonik, Crumping dan sebagainya. Tarian ini sangat popolar dan mendapat sambutan yang menggalakkan serta menjadi ikutan generasi muda hari ini. Tarian menarik ini juga, dilakukan dengan pergerakan badan yang sungguh kreatif dengan mengikut rentak lagu dan susunan muzik yang tersendiri. Kreativiti dan bakat luar biasa yang ditonjolkan oleh belia remaja ini amat dikagumi. Tarian Ekstrem ini merangkumi elemen Gaya Hidup Rakan Muda Kecergasan untuk membina remaja sihat, cergas dan bertanggungjawab serta bebas daripada pengaruh dan perlakuan negatif dan berupaya menyumbangkan secara produktif kepada pembangunan negara.

TARIKH : 14 HINGGA 16 MEI 2010
TEMPAT : PENTAS KARNIVAL REMAJA, PERSIARAN PERDANA PRESINT 3, PUTRAJAYA.
KATEGORI : SOLO & KUMPULAN (TERBUKA)

PENDAFTARAN : 10.00 PAGI
BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DI SEKRETARIAT HARI BELIA NEGARA, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN, W.P PUTRAJAYA
MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI :
TEL : 03-8871 3708 RAKAN MUDA / 012-2006068 (MAHADIR) / 012-6736044 (JEFF) / 03-91315867 KELAB BREAD
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 10 MEI 2010 (ISNIN)

UNTUK MENDAFTAR PENYERTAAN SILA KLIK DISINI
http://www.kelabbread.com/home.html


OBJEKTIF PERTANDINGAN :

1.Membawa konsep tarian ‘Ekstrem’ versi Remaja Malaysia yang lebih menarik dan menampilkan bakat dan keyakinan remaja yang dinamik
2.Gabungan Gaya Hidup Rakan Kecergasan dan Inovasi iaitu semangat kesukanan dan kreativiti remaja dalam mempelbagaikan elemen rentak muzik dan kekuatan stamina serta semangat kesukanan menerusi tarian ‘ekstrem’
3.Program Rakan Kecergasan seperti ini mampu membina pembangunan minda, fizikal dan sahsiah remaja
4.Program ini terbuka kepada golongan muda tanpa mengira bangsa, jantina, ideologi, lokasi, taraf hidup dan sebagainya
5.Menyediakan pelbagai aktiviti dan pilihan yang terbuka bagi memupuk semangat kekitaan yang mempunyai ciri yang mencabar bagi memberi peluang kepada golongan muda yang terlibat

SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN

1.Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
2.Mestilah berumur bawah 25 tahun (Rakan Muda)
3.Dua (2) kategori dipertandingkan iaitu secara berkumpulan dan solo.
4.Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada tiga (3) hingga lima (5) orang peserta sahaja.
5.Peserta hendaklah membawa CD muzik sendiri dan masa yang diberikan ialah tiga (3) hingga enam (6) minit sahaja
6.Peserta digalakkan untuk membawa konsep Remaja Malaysia dan boleh menggabungkan muzik selingan (irama tradisional, lagu rakyat, lakonan dan sebagainya yang bersesuaian versi Remaja Malaysia)
7.Tema pertandingan kali ini ialah ‘Generasi Remaja Bebas Jenayah’
8.Penyertaan adalah terbuka dan PERCUMA (tiada bayaran dikenakan)

LARANGAN DALAM PERTANDINGAN

9.Campuran peserta lelaki dan perempuan dalam satu kumpulan tidak dibenarkan.
10.Penggunaan muzik/lagu yang mengandungi bahasa yang kasar, melampau, lucah, tidak sopan dan unsur keganasan tidak dibenarkan
11.Pakaian peserta juga hendaklah bersesuaian dengan imej Rakan Muda dan tidak nampak seksi, melambangkan unsur-unsur negatif (seks, lucah, ajaran songsang dan sebagainya) sehingga boleh menjejaskan sensitiviti keagamaan, bangsa dan sebagainya
12.Penggunaan ‘prop’ atau gimik tidak boleh keterlaluan sehingga menjejaskan konsentrasi persembahan dan melambangkan persepsi yang negatif.

HADIAH PERTANDINGAN :

• KATEGORI KUMPULAN (TERBUKA)

JOHAN : Komputer Riba (Note Book) tajaan MIMOS Berhad (setiap seorang),Baucer tajaan AP Autocard Privilege bernilai RM1,150 (setiap seorang) & hadiah iringan
NAIB JOHAN : Baucer tajaan AP Autocard Privilege bernilai RM850 (setiap seorang) & hadiah iringan
KE TIGA : Baucer tajaan AP Autocard Privilege bernilai RM500 (setiap seorang) & hadiah iringan
KE EMPAT : Baucer tajaan AP Autocard Privilege bernilai RM300 (setiap seorang) & hadiah iringan

• KATEGORI SOLO (TERBUKA)
JOHAN : Komputer Riba (Note Book) tajaan MIMOS Berhad, Baucer tajaan AP Autocard PriviIege bernilai RM1,150 & hadiah iringan
NAIB JOHAN : Baucer tajaan AP Autocard Privilege bernilai RM850 & hadiah iringan
KE TIGA : Baucer tajaan AP Autocard Privilege bernilai RM500 & hadiah iringan
KE EMPAT : Baucer tajaan AP Autocard Privilege bernilai RM300 & hadiah iringan

* Setiap peserta akan menerima Sijil Penyertaan KBS

NOTA : KEPADA REMAJA YANG BERMINAT SILA BUAT LATIHAN DAN PERSIAPAN YANG SECUKUPNYA... JUMPA NANTI UNTUK INFO SELANJUTNYA DARI PIHAK PENGANJUR.

PERHATIAN KEPADA PENGERUSI KELAB RAKAN MUDA!!!!



Kepada semua Pengerusi Kelab Rakan Muda, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, KBS ada menghantar surat meminta kelab untuk mengadakan mesyuarat agung selewat-lewatnya 31 Mac 2010. Dalam surat berkenaan ada juga di pohon pihak kelab memberi senarai dan profail ahli jawatankuasa kelab dan statistik keahlian kelab rakan muda..

BPRM memohon agar statistik keahlian kelab dapat diberikan selewat-lewatnya 15 April 2010. Format boleh dirujuk pada link di sebelah kanan (info kelab rakan muda). Kepada sesiapa yang masih belum menerima surat berkenaan sila hubungi kami secepat mungkin di talian 03-887103721 atau e-mail kepada anurarais@kbs.gov.my atau 012-6281982 (Pn. Anura) atau 017-2064083 (Faizal).

Sunday, March 7, 2010

INTERNET PERCUMA DI PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA




Penemuan laporan yang bertajuk ”Community Program to Promote Youth Development” menunjukkan golongan muda yang menghabiskan masa lapang dengan komuniti mereka mendapat lebih peluang untuk membangunkan diri mereka dan program yang dijalankan oleh komuniti adalah secara meluas serta dapat menyokong kepada pembangunan golongan belia melalui usaha menarik minat serta memenuhi kehendak mereka menggunakan pendekatan Pembangunan Belia positif yang juga dikaitkan dengan usaha mengurangkan penglibatkan belia dalam aktiviti berisiko tinggi (Quinn, 1995)..

Pengwujudan Pusat Kegiatan Rakan Muda (PKRM) adalah berasaskan ’Community based intiated project’. Konsep pelaksanaan ini diasaskan kepada pendekatan ”Community Youth Development” dimana ahli dan pemimpin masyarakat setempat dilibatkan dalam usaha-usaha pembangunan golongan muda terutama dari aspek kewangan, sumber setempat termasuk dalam menggerakkan inisiatif menyediakan persekitaran yang kondusif bagi golongan belia tempatan bergerak aktif. Masyarakat atau komuniti menyediakan peluang kepada belia mempelajari bagaimana untuk berhadapan dengan dunia sekeliling mereka – menjelajahi, menghayati, mendapatkan, memperolehi dan mempengaruhi melalui slauran seperti program yang dianjur oleh pihak sekolah, organisasi belia, agama atau sukarela (Newman, Smith & Murphy, 1999).

Pusat Kegiatan Rakan Muda merupakan ruang untuk remaja setempat melaksanakan pelbagai aktiviti Rakan Muda yang juga dikenali sebagai ‘One Stop Center’.
Sebahagian ruang di PKRM akan menempatkan Peralatan Siber dan kemudahan mengakses internet secara percuma serta dapat menubuhkan ruang aktiviti/kegiatan kepada remaja untuk lebih dekat dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD).
Pusat Kegiatan Rakan Muda ini juga akan menampung keperluan belia remaja dalam komuniti dan keperluan interaksi sosial dalam aktiviti serta menggerakkan aktiviti setempat meliputi pelbagai aktiviti menerusi kegiatan ekonomi, sosial, budaya, inovasi dan cinta alam yang dilakasanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda.
Gaya Hidup Rakan Muda menjadi program yang mesra remaja dan dekat dengan sistem budaya setempat. Ia dapat mempertingkatkan daya kreativiti serta pemikiran kritis komuniti berkenaan untuk mereka sendiri berkewajipan memikul beban bersama dalam menangani segala bentuk permasalahan semasa.

Masa beroperasi adalah mengikut zon seperti berikut :

Zon Utara (Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak)
Waktu Operasi : 10.00 pagi - 07.00 malam
Hari Operasi : Selasa hingga Ahad (Cuti hari Isnin)

Zon Tengah (Selangor dan Kuala Lumpur)
Waktu Operasi : 10.00 pagi - 08.00 malam
Hari Operasi : Selasa hingga Ahad (Cuti hari Isnin)

Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan)
Waktu Operasi : 08.00 pagi - 10.00 malam
Hari Operasi : Selasa hingga Ahad (Cuti hari Isnin)

Zon Timur (Terengganu, Kelantan dan Pahang)
Waktu Operasi : 08.00 pagi - 10.00 malam
Hari Operasi : Selasa hingga Ahad (Cuti hari Isnin)

Zon Sabah
Waktu Operasi : 10.00 pagi - 06.00 petang
Hari Operasi : Jumaat hingga Selasa

Zon Sarawak
Waktu Operasi : 12.00 tengahari - 08.00 malam
Hari Operasi : Selasa hingga Ahad

Kemudahan internet yang disediakan di PKRM adalah PERCUMA dan pengguna juga boleh membawa komputer riba sendiri untuk mengakses internet di dalam PKRM dengan mendapatkan ‘kata laluan’ (password) daripada penyelia yang bertugas.

Dengan adanya Pusat Kegiatan Rakan Muda ini juga adalah diharapkan program Rakan Muda akan memberi impak yang lebih besar kepada pembangunan modal insan golongan muda di semua peringkat.

Kewujudan Pusat Kegiatan Rakan Muda ini akan mengurangkan masalah ketiadaan ejen pelakasana program pembangunan belia khususnya di kawasan – kawasan luar bandar ianya turut membantu menyampaikan maklumat kepada kerajaan berkaitan keperluan dan kekurangan di kawasan setempat.

Disediakan oleh : UNIT INFRA RAKAN MUDA, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN.

Thursday, February 11, 2010


Rakan Muda ada sejarah tersendiri, lebih dari 10 tahun dahulu di mana dilihat bahawa ramai anak-anak muda tidak mahu menyertai persatuan kerana rasa kesukaran mereka dengan persatuan-persatuan yang banyak didokong oleh mereka yang bukan dalam lingkungan umur tertentu. "Maka Rakan Muda diketengahkan. Sekarang, persatuan-persatuan belia semuanya didokong oleh golongan muda,

Jadi adakah Rakan Muda masih relevan kerana dilihat seperti persatuan tetapi program-programnya dikendalikan oleh kerajaan, terutama dalam zaman yang lebih kreatif dan liberal ini?

Tuesday, February 9, 2010

PUSAT SIBER RAKAN MUDA



SENARAI PUSAT SIBER RAKAN MUDA KBS YANG TELAH BEROPERASI :

1. KOMPLEKS BELIA & SUKAN KANGAR
2. KOMPLEKS RAKAN MUDA BALING
3. PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA PENDANG
4. KOMPLEKS RAKAN MUDA SEBERANG PERAI SELATAN
5. KOMPLEKS RAKAN MUDA LARUT MATANG/SELAMA,
6. KOMPLEKS RAKAN MUDA KAMPAR
7. PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA BUKIT GANTANG
8. KOMPLEKS RAKAN MUDA KLANG
9. KOMPLEKS RAKAN MUDA PUCHONG
10. KOMPLEKS RAKAN MUDA BUKIT KIARA
11. KOMPLEKS BELIA & SUKAN KAMPUNG PANDAN
12. PUSAT BELIA ANTARABANGSA (IYC) KL, CHERAS
13. KOMPLEKS BELIA & SUKAN KOTA BHARU
14. KOMPLEKS RAKAN MUDA BESUT
15. KOMPLEKS RAKAN MUDA KEMAMAN
16. KOMPLEKS BELIA & SUKAN KUALA TERENGGANU
17. KOMPLEKS RAKAN MUDA RAUB
18. KOMPLEKS RAKAN MUDA BERA
19. KOMPLEKS RAKAN MUDA MARAN
20. PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA ROMPIN
21. KOMPLEKS RAKAN MUDA ALOR GAJAH
22. KOMPLEKS RAKAN MUDA JEMPOL
23. KOMPLEKS RAKAN MUDA KUALA PILAH
24. PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA JEMPOL
25. PKRM TANJUNG PIAI, PONTIAN
26. KOMPLEKS BELIA & SUKAN JOHOR BAHRU
27. KOMPLEKS RAKAN MUDA PUTATAN
28. PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA KENINGAU
29. PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA BINTULU
30. PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA W.P LABUAN

Saturday, January 30, 2010

PENGGERAK RAKAN MUDA BANTU RAKAN MUDA



Penggerak Rakan Muda diseru untuk mengambil peranan yang lebih proaktif dalam menyampaikan agenda kerajaan kepada masyarakat.

Penggerak Rakan Muda perlu bergiat lebih aktif dalam mengemblengkan tenaga bagi mendekatkan diri mereka kepada golongan muda, pihak kerajaan, persatuan belia dan badan-badan NGO.

Golongan muda masa kini amat perlu didekati bagi untuk memperjelaskan mengenai misi dan visi nasional kerajaan terutama yang melibatkan mengenai progam belia. Penggerak Rakan Muda juga diseru untuk mewujudkan program dan aktiviti yang berterusan serta mampu menarik minat golongan remaja bersesuaian dengan minat dan selera remaja masa kini.

Pakej rangsangan Kementerian mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta yang akan dapat membantu salah satu usaha pihak Kementerian dalam memperluaskan Pusat Siber Rakan Muda ke seluruh Kawasan Parlimen. Pusat Siber Rakan Muda diharapkan akan dapat membantu golongan remaja untuk mengakses maklumat dalam suasana yang lebih kondusif dan terkawal.

Tambah beliau juga lagi di samping membantu pegawai-pegawai belia dan sukan, Pengerak Rakan Muda seharusnya dapat bekerjasama secara bersepadu dalam memberikan laporan dan maklumbalas mengenai kegiatan dan progam aktiviti yang dijalankan kepada pihak kementerian.

Wednesday, January 27, 2010

Rokok RM50 sekotak untuk selamatkan generasi muda !




Sebenarnya saya terpanggil untuk melontarkan cadangan menaikkan harga rokok daripada RM9.30 kepada RM50 bagi kotak berisi 20 batang kerana didapati ketagihan merokok di kalangan rakyat Malaysia semakin ketara dan berada diparas amat menakutkan.

Tahap ketagih merokok terutama membabitkan generasi muda turut membimbangkan kerajaan dan bagi membendung gejala tersebut, maka kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit setahun untuk melancarkan pelbagai kempen supaya tabiat itu dihentikan.

Kerajaan melalui pelbagai agensi termasuk kementerian-kementerian tertentu telah melancarkan pelbagai program kesedaran, kempen termasuk mengadakan zon larangan merokok di beberapa tempat awam.



Kerajaan juga dalam usaha memberikan kesedaran kepada perokok, telah mewajibkan setiap kotak rokok mempamerkan pelbagai gambar tertera kesan penyakit kronik akibat merokok supaya perokok berasa gerun dan akan menghentikan tabiat merokok.

Malah amat menyedihkan perokok sedikit pun tidak berasa gerun dengan gambar-gambar tersebut malah menjadi bahan ketawa mereka.

Bagaimanapun, saya berasa sedih, kecewa dan terkilan kerana usaha yang kerajaan lakukan untuk mengurangkan tabiat merokok dengan membabitkan kos perbelanjaan jutaan ringgit setahun tidak memberi sebarang hasil.



Kempen dan pelbagai cara dilakukan kerajaan untuk mengurangkan tabiat merokok sebelum ini didapati gagal dan tidak menepati sasaran, sebaliknya perokok semakin bertambah disamping kemasukan rokok ‘haram’ juga turut meningkat.



Dalam erti kata lain, kempen yang dilancarkan kerajaan untuk mengurangkan tabiat merokok nampaknya seperti ‘mencurah air di daun keladi’, malah golongan yang ketagih merokok meningkat setiap tahun dan duit rakyat dibazirkan begitu sahaja.



Malah saban hari kita berpeluang melihat remaja-remaja sama ada lelaki dan perempuan termasuk mereka yang masih bersekolah (sama ada rendah dan menengah) merokok secara bebas.



Anak-anak muda kita terutama para pelajar sanggup menghabiskan wang saku untuk membeli rokok daripada menggalas perut semasa di sekolah, inilah bahana yang perlu kita berikan perhatian serius.



Siapa yang akan bertanggungjawab jika anak-anak kita (pelajar sekolah) menjadi penagih rokok dan akhirnya ada yang terjerat dengan najis dadah yang boleh meruntukan masa depan mereka ?

Sehubungan itu, saya tetap mempertahankan cadangan saya supaya harga rokok dinaikkan kepada RM50 sekotak kerana saya tidak mahu anak-anak kita khususnya generasi muda terjebak dengan ketagihan merokok yang langsung tidak memberi sebarang manfaat, sebaliknya terdedah kepada risiko kesihatan.



Selain para pelajar sekolah terjebak dengan ketagihan merokok, perokok tegar juga telah membazirkan wang dengan begitu mudah, malah dilaporkan seorang perokok tanpa sedar telah membelanjakan ribuan ringgit setahun hanya untuk membeli rokok.

Justeru itu, apabila kerajaan menaikkan harga kepada RM50 sekotak sepertimana yang saya cadangkan itu, maka kuasa membeli untuk rokok akan menurun kerana harganya terlalu mahal.

Dengan harga yang begitu mahal, sudah tentu pelajar sekolah juga tidak berkemampuan lagi untuk membeli rokok.



Bukan setakat pelajar sekolah, malah saya percaya mereka yang berpendapatan rendah juga akan berfikir banyak kali untuk membeli sekotak rokok yang berharga RM50, kerana nilai RM50 itu adalah terlalu besar dan bagi mereka nilai RM50 itu boleh dibelanjakan untuk keperluan harian sekeluarga.

Sanggupkah mereka membelanjakan RM50 hanya semata-mata untuk sekotak rokok daripada membeli dua kampit beras untuk di makan oleh keluarganya di rumah ?

Jika mereka begitu ketagih untuk merokok, mungkin kadar merokok akan dikurangkan. Jika lazimnya mereka menghisap 60 batang sehari (bersamaan 3 kotak), barangkali mereka akan kurangkan kepada sekotak (RM50) untuk sebulan dan ini merupakan petanda baik untuk mereka menghentikan tabiat merokok.



Ada yang mengatakan jika cadangan saya itu diterima, maka kegiatan penyeludupan rokok akan berleluasa dan perokok lebih cenderung untuk membeli ‘rokok haram’ daripada ‘rokok halal’.

Bagaimanapun, kegiatan menyeludup ‘rokok haram’ ini sudah lama pun berlaku termasuk kebanjiran pelbagai jenis rokok kretek daripada negara jiran.



Saya tidak nafikan akan berlakukegiatan penyeludupan, tetapi saya juga ingin bertanya, apakah sebenarnya tugas dan tanggungjawab pihak penguatkuasa undang-undang?

Maka itu, di sinilah tanggungjawab sebenar dan komitmen agensi penguatkusaan seperti Jabatan Kastam, Perdagangan Dalam Negeri dan PDRM untuk lebih tegas membanteras kegiatan penyeludupan ini.



Jika semua agensi penguatkuasaan tegas, komited dan bertanggungjawab, saya yakin masalah kegiatan penyeludupan ini akan berjaya di atasi, bukan setakat rokok, malah pelbagai barangan lain.

Dengan kenaikkan harga rokok itu juga, pada hemat saya kerajaan akan mengaut keuntungan hasil cukai dan ini turut membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Sama ada pro dan kontra terhadap cadangan saya itu, tetapi hakikatnya kita perlu memikirkan bersama bagaimana cara dan kaedah terbaik untuk mengurangkan tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda.



Apa yang penting, mengurangkan tabiat merokok sudah pasti akan melahirkan warganegara yang sihat, cerdas dan sentiasa ceria untuk mencorakkan masa depan negara.

PUSAT SIBER RAKAN MUDA DI KOMPLEKS RAKAN MUDA KAMPAR, PERAK