Friday, October 9, 2009

CABARAN TARIAN EKSTREME DAN 'CYBER GAMES' RAKAN MUDA


AKTIVITI-AKTIVITI :
Pertandingan Tarian Ekstrem (BERKUMPULAN SAHAJA)
- Pertandingan terdiri daripada pelbagai tarian ekstrem iaitu :
a.) Shuffle
b.) Hip Hop
c.) Breakdance
d.) Tektonik
e.) Krumping.. dan lain-lain

(Pendaftaran PERCUMA, cuma perlu daftar dengan RAKAN MUDA & KELAB BREAD sahaja.)

- Menyediakan hadiah-hadiah seperti berikut :
*Pertama : RM3,000 + Hamper + Medal
*Kedua : RM2,000 + Hamper + Medal
*Ketiga : RM 1,000 + Hamper + Medal
*Keempat : RM500 + Hamper + Medal
*Persembahan Terbaik : RM300 + Hamper
*Persembahan Pakaian Terbaik : RM300 + Hamper
* Anggaran penyertaan 300 peserta.
* Juri-juri profesional yang berpengalaman


Pertandingan 'Online Games'

- Perlawanan diantara satu sama lain dijalankan serentak
menggunakan system “networking” antara komputer.
- Menyediakan hadiah-hadiah berikut :

*Pertama : RM1,500 + Hamper
*Kedua : RM1,000 + Hamper
*Ketiga : RM500 + Hamper

*Persembahan Artis-artis Sensasi.

Thursday, September 3, 2009

RAKAN MUDA INOVASI (REKA CIPTA)






ANDA BERBAKAT DALAM GRAFIK 'DESIGN'??
INGIN IDEA ANDA MENJADI PILIHAN KBS??
BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA KBS MEMPELAWA
REMAJA YANG BERMINAT UNTUK MEMBUAT DESIGN
PAPAN TANDA PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA DI SETIAP PARLIMEN
JIKA ANDA BERMINAT SILA EMAILKAN DESIGN ANDA KEPADA KAMI :

E-MAIL : rakanmudakbs@yahoo.com.my

untuk maklumat lanjut hubungi :
EN.MAHADIR BIN DARAHI (03-88713708)
EN.MOHD ZUL FAZLI (03-88713749)
EN.FAIZAL REZA (03-88713752)

Tuesday, June 16, 2009

SIRI KEMBARA KELAB RAKAN MUDA




KEPADA KELAB RAKAN MUDA SUNGAI PETANI DAN MERBOK NANTIKAN KEMUNCULAN ARIL NAIB JUARA AF 7 BERSAMA KELAB RAKAN MUDA DARI KUALA LUMPUR, SELANGOR, MELAKA DAN JOHOR DI KALANGAN IKON AHLI KUMPULAN SHUFFLE RAKAN MUDA UNTUK SAMA-SAMA MEMERIAHKAN CINTA SAYANG RESORT DAN THE CARNIVAL SUNGAI PETANI KEDAH PADA 26-28 JUN 2009. PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DIADAKAN.. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE TAMAN TEMA THE CARNIVAL SUNGAI PETANI KEDAH UNTUK MENYERTAI PELBAGAI AKTIVITI YANG DIANJURKAN IAITU PERTANDINGAN SHUFFLE, LARIAN SIHAT RAKAN KECERGASAN, SUKANEKA DAN BANYAK LAGI.. INFO TAMBAHAN RUJUK DI www.2-u.com.my atau www.thecarnivall.com.my

Friday, June 12, 2009

Wednesday, April 22, 2009

NEWS @ YOUTH SQUARE






Corat-coret sepanjang 'Rakan Muda Shuffle Competition @ Youth Square' pada 18 April 2009 (sabtu) Thanks so much.. sapport Rakan Muda. Tunjukkan pada masyarakat bahawa shuffle itu sihat, bebas dari dadah, bebas dari jenayah. Shuffle itu kecergasan yang sebenarnya mampu membentuk remaja yang berdisiplin, prihatin, mahir dan dinamik. Buktikan pada masyarakat bakat shuffle anda sebenarnya satu keistimewaan.. :p Thanks Celcom dan syarikat Jentayu Emas sebagai penaja rasmi pertandingan ini.
____________________________________________
p/s : Minggu nie 25 april 2009 (sabtu) jangan lupa datang awal 1pm - 6pm ada pertandingan Shuffle Kumpulan. Team yang nak masuk sila datang awal untuk daftar percuma dan dapatkan kad rakan muda dan xpax percuma. Syarat penyertaan telah diubah, minimum 3 org maksimum 8 org. Sape yang datang menyokong dan menonton juga akan dapat xpax percuma.. dengan syarat ada kad rakan muda.. banyak aktiviti lain jugak nanti ada klinik timbang bola, futsal, band show dll.. juga ade minuman MILO percuma.. huhu. datang n jumpa sabtu ni okey!!!

this event was one of the Youth Square Program

so, r u one of them...

come join us... or just stay and watch us..

Wednesday, April 8, 2009

RAKAN MUDA XPAX SHUFFLE COMPETITION 2009


RAKAN MUDA SHUFFLE COMPETITON @ YOUTH SQUARE

Jika anda berminat untuk menyertai pertandingan ini sila hubungi numbor telefon/email yang tertera pada flyers yang dilampirkan. Pertandingan ini ditaja sepenuhnya oleh Celcom dan juri diketuai oleh HR, Rakan Muda dan Celcom. Undian sms juga akan digunakan untuk Grand Final nanti. Syarat penyertaan ialah berumur bawah 25 tahun (mestilah mendaftar ahli Rakan Muda dan topup Xpax RM10 setiap seorang). Kategori Berkumpulan (3 hingga 8 orang). Setiap Muzik hendaklah dalam bentuk cd audio dan tidak berunsur negatif. Tiga kumpulan yang menang setiap minggu akan layak untuk Grand Final dan 12 kumpulan (3 kumpulan yang menang pada setiap minggu) akan bertanding bagi merebut gelaran Juara Shuffle Rakan Muda. Pertandingan Akhir (Grand Final) akan di adakan pada 16 Mei 2009. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia pertandingan. Sekian, terima kasih!

Monday, March 23, 2009

Monday, February 23, 2009

SHOWCASE (BREAKDANCE/HIP HOP) DAN SHUFFLE RAKAN MUDA

Hiburan dan muzik sering dikaitkan dengan generasi muda yang sememangnya gemar memilih dua aspek tersebut untuk dijadikan pelengkap dalam mengisi masa lapang. Muzik dan hiburan sedikit sebanyak telah mempengaruhi budaya, ekspresi dan penampilan diri mereka.
‘Shuffle’
adalah salah satu daripada tarian rancak yang menjadi ikutan remaja hari ini. Tarian menarik ini dilakukan dengan mengikut rentak lagu dan susunan muzik yang tersendiri dipercayai berasal daripada Melburne, Australia. Tarian ‘shuffle’ ini juga, merangkumi elemen gaya hidup Rakan Muda iaitu Rakan Kecergasan yang bertujuan untuk membina remaja sihat, cergas dan bertanggungjawab serta bebas daripada pengaruh dan perlakuan negatif dan berupaya menyumbangkan secara produktif kepada pembangunan negara.
'Hip Hop' cukup popular dan menjadi ikutan anak-anak muda di negara kita. Sejarah membuktikan, muzik yang berasal dari komuniti kulit hitam Amerika itu ada kaitannnya dengan subbudaya yang mencerminkan keadaan politik, sosial dan ekonomi pada waktu itu. Rap muncul dari budaya Hip-hop. Pada mulanya ia terdiri dari 4 elemen utama iaitu seni graffiti, breakdancing, deejaying, dan tidak lupa tentang emceeing. Hip Hop adalah satu gaya hidup dengan bahasa, fesyen, muzik dan ideologinya tersendiri yang tidak putus berkembang. Pada hari ini, disebabkan breakdancing dan seni graffiti kurang menonjol, perkataan ''Rap'' dan Hip Hop seringkali disilih ganti.
Tarian Shuffle dan Hip-Hop/Breakdance kedua-duanya merangkumi elemen gaya hidup Rakan Muda iaitu Rakan Kecergasan yang bertujuan untuk membina remaja yang bebas daripada pengaruh dan perlakuan negatif. Dengan adanya pertandingan seperti ini dapat melahirkan remaja yang berdisiplin, bertanggungjawab, prihatin, mahir, dinamik, proaktif, cergas, berkepimpinan, berkemahiran, berdikari, berbudaya, patriotik, kesukarelaan dan daya juang yang tinggi.
OBJEKTIF
1. Memperkenalkan aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda untuk menggalakkan penyertaan golongan belia remaja
2. Memberi peluang dan pendedahan kepada golongan muda tanpa mengira bangsa, jantina, ideologi, lokasi, taraf hidup dan sebagainya
3. Menyediakan pelbagai aktiviti dan pilihan yang terbuka bagi memupuk semangat kekitaan yang mempunyai ciri yang mencabar bagi memberi peluang kepada golongan muda yang terlibat
4. Membawa konsep tarian Shuffle dan Hip-Hop yang lebih menarik dan menampilkan bakat dan keyakinan remaja yang dinamik
5. Memperkenalkan aktiviti Gaya hidup Rakan Kecergasan iaitu semangat kesukanan dan kreativiti remaja dalam mempelbagaikan rentak dan minat menerusi tarian Shuffle dan Hip-Hop
6. Program Rakan Kecergasan seperti ini mampu membina pembangunan minda, fizikal dan sahsiah remaja
Syarat-syarat menyertai Pertandingan Shuffle dan Showcase (Breakdance/Hip hop) Rakan Muda :
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
2. Mestilah berumur bawah 25 tahun
3. Diadakan secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada dua (2) hingga lima (5) orang
4. Masa persembahan ialah tiga (3) hingga lima (5) minit sahaja
5. Peserta digalakkan untuk membawa Konsep Remaja Malaysia dan boleh menggabungkan muzik selingan (irama tradisional, lagu rakyat, lakonan dan sebagainya yang bersesuaian dengan tema iaitu ‘Shuffle’ dan ‘Hip Hop’ versi Remaja Malaysia)
6. Penyertaan adalah terbuka dan PERCUMA (tiada bayaran dikenakan)
Larangan dalam Pertandingan :
7. Penggunaan muzik/lagu yang mengandungi bahasa yang kasar, melampau, lucah, tidak sopan dan unsur keganasan tidak dibenarkan
8. Pakaian peserta juga hendaklah bersesuaian dengan imej Rakan Muda dan tidak melambangkan unsur-unsur negatif (lucah, ajaran songsang, tahyul dan sebagainya) sehingga boleh menjejaskan sensitiviti keagamaan, bangsa dan sebagainya
9. Penggunaan ‘prop’ atau gimik tidak boleh keterlaluan sehingga menjejaskan konsentrasi persembahan dan melambangkan persepsi yang negatif

Tuesday, February 17, 2009

REMAJA GAZA PERLUKAN SUMBANGAN, PRIHATIN DAN SUARA ANDA (RAKAN MUDA)


KEMPEN KUTIPAN TABUNG PALESTIN DISOKONG OLEH RAKAN MUDA. KEMPEN INI DIJALANKAN DI SETIAP KAWASAN PARLIMEN OLEH PENGGERAK RAKAN MUDA BERSAMA SKUAD SUKARELAWAN REMAJA RAKAN MUDA DAN KELAB RAKAN MUDA BAGI MEMBERI SOKONGAN UNTUK MEMBANTU MANGSA KEGANASAN DI GAZA. DERMALAH UNTUK TABUNG KEAMANAN INI DAN SERTAI LARIAN AMAL TANDA SOKONGAN ANDA MEMBANTU RAKAN MUDA MENYOKONG KEAMANAN RAKYAT PALESTIN (GAZA).. RAKAN MUDA PRIHATIN...

Thursday, February 12, 2009

JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA "GONG XI FA CHAI" RAKAN MUDA




di jemput semua remaja yang mengungjungi blog ini untuk hadir ke Rumah Terbuka sambutan Tahun Baru Cina Rakan Muda pada 15 Februari 2009 (Ahad) 7.45 malam bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, KL. "GONG XI FA CHAI" Jumpa di sana....banyak juadah makanan disediakan. TQ!

Wednesday, January 28, 2009

Gig Dancez Shuffle & Hip-hop @ Youth Square

Gig Dancez (Shuffle & Hip Hop) (penyertaan percuma..peserta hanya perlu datang dan mbawa CD muzik sendiri - bukan pertandingan)

KLINIK KEMAHIRAN BOLA SEPAK @ FREESTYLER


Klinik Kemahiran Menimbang Bola bersama Dr. Freestyler Malaysia (Mohd. Shuhimie) Sijil penyertaan oleh KBS Jika berminat sila daftar menerusi email rakanmudakbs@yahoo.com.my (nama, no i/c, alamat, umur dan nombor h/p untuk dihubungi)

Tuesday, January 27, 2009

DATARAN REMAJA @ BUKIT JALIL

Rakan Muda KBS menganjurkan pelbagai aktiviti setiap minggu setiap Sabtu bermula 2.00 petang sehingga 10.00 malam.

Antara aktivti menarik ialah :

Gerai Niaga Rakan Wirausaha
(penyertaan terbuka kepada remaja 25 tahun ke bawah untuk menjual berbagai barang)

Wednesday, January 7, 2009

RAKAN MUDA @ SEKOLAH

Majlis Pelancaran Program Rakan Muda Sekolah telah dirasmikan bersama oleh Y.B Menteri Belia dan Sukan dan Y.B Menteri Pelajaran Malaysia pada 11 Januari 2008 lalu bertempat di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II, Kuala Terengganu. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti demonstrasi Timbang Bola oleh Dr. Freestyle Malaysia, Rakan Waja Diri (Silat/Taekwando), Persembahan Kebudayaan, Pancaragam, Demonstrasi Lompat Tali, Paintball, Rakan Inovasi (Grafiti), Persembahan Kumpulan YAWA, Pendaftaran Kad Rakan Muda, Pertandingan 'Cyber Games' dan banyak lagi..

Tuesday, January 6, 2009

Event !!!! Event !!!!

Monday, January 5, 2009

DATARAN REMAJA @ BUKIT JALIL

Persembahan Tarian Shuffle Rakan Kecergasan
oleh Kelab Rakan Muda Ampang

Demonstrasi Timbang Bola - Rakan Kecergasan
(Dr. Freestyle Malaysia)

Demonstrasi Lompat Tali - Persatuan Lompat Tali Malaysia


Demonstrasi Pocket Bike / Mini Bike - Rakan Kecergasan



Pameran Paintball - Persatuan Paintball Malaysia




Pertandingan Skateboarding X-Games anjuran bersama
Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia



Dataran Remaja @ Bukit Jalil (di hadapan stesen LRT Bukit Jalil) telahpun dilancarkan oleh Y.B Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Belia dan Sukan pada 03 Januari 2009 (Sabtu). Lebih 1,000 orang remaja telah mengunjungi dataran tersebut dan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang diadakan iaitu pertandingan futsal remaja, xgames (skate boarding), gerai jualan rakan wirausaha, siri kembara Go Mobile - Jelajah Rakan Muda, Promosi Keahlian Kelab Rakan Muda dan banyak lagi. Dataran remaja akan dibuka setiap minggu (hari sabtu). Kepada remaja yang berminat untuk membuka gerai jualan dan menyertai aktiviti menarik ini bolehlah menghubungi kami di Bahagian Pembangunan Rakan Muda Putrajaya. Yakin Boleh Gemilang - Rakan Muda