SYARAT - SYARAT PENYERTAAN :
Berumur 18 tahun sehingga 40 tahun.
Sihat tubuh badan, fizikal dan mental
Terbuka kepada semua belia berpersatuan dan tidak berpersatuan
KEMUDAHAN SUKARELAWAN HARI BELIA NEGARA 2011
A. Makan minum disediakan
B. Helpdesk Sukarelawan
C. Kit Sukarelawan
D. Pengangkutan dalaman
E. Penginapan tidak disediakan
F. Tiada token Sukarelawan
G. Sijil penyertaan
PERATURAN SUKARELAWAN HARI BELIA NEGARA 2011
A. Pakaian
Lelaki dan Wanita: t-shirt, seluar panjang, kasut, stoking, (selipar dan sandal tidak dibenarkan)
B. Diharamkan
i. Merokok
ii. Minuman Keras
iii. Dadah
iv. Judi
C. Arahan Tetap
i. Para sukarelawan adalah tertakluk kepada semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur yang
dikeluarkan dari masa ke semasa.
ii. Demi untuk mengawal dan menjaga disiplin serta menjaga hubungan di antara para sukarelawan
dengan urusetia / ajk pelaksana, perkara-perkara berikut hendaklah difahami dan dipatuhi.
D. Ketetapan Masa
Sukarelawan hendaklah bersiap sedia 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan sepanjang program.
E. Arahan & Peraturan Tambahan
i. Semua arahan secara lisan daripada pihak penganjur merupakan arahan yang perlu diambil perhatian
dan tindakan segera.
ii. Peraturan tambahan akan dikeluarkan bergantung kepada keadaan, tempat dan masa.
iii. Arahan dan peraturan yang tidak bercanggah dengan program adalah perlu dipatuhi seperti :
a. Menjaga tata pertuturan.
b. Menjaga adab tertib.
c. Menjaga keharmonian dan peradaban bangsa dan agama.
TUGASAN UMUM SUKARELAWAN HARI BELIA NEGARA 2011
A. Melaporkan diri di helpdesk sukarelawan
B. Membantu pegawai projek dalam melaksanakan aktiviti
C. Memastikan perjalanan program dalam keadaan yang lancar dan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Untuk mendaftar, klik pada link Borang Sukarelawan Hari Belia Negara di sebelah kiri
No comments:
Post a Comment