Thursday, August 25, 2011


Team Rakan Muda mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh masyarakat Malaysia terutama golongan belia remaja. Tak lupa juga Salam Kemerdekaan yang ke 54, tingkatkan semangat patriotik anda agar kita semua akan terus menikmati kemerdekaan dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur............


Sunday, June 19, 2011

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGERUSI KELAB RAKAN MUDA!!!!

SILA ISIKAN BORANG MAKLUMAT KELAB RAKAN MUDA YANG DISEDIAKAN. INI UNTUK MEMBANGUNKAN DATABASE UNTUK KEGUNAAN KITA BERSAMA!!!!

Wednesday, June 1, 2011

HARI BELIA NEGARA 2011 (HIMPUNAN SEJUTA BELIA)

Syukur HBN 2011 sudah mencapai sasaran 1 juta belia..Tahniah diucapkan kepada KBS dan seluruh warga belia Malaysia.. Rakan Muda @ Y- Avenue mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sokongan yang padu kepada Rakan Muda..

Tuesday, May 24, 2011

Jemputan Ke Program Y- Avenue Sempena Hari Belia Negara



Kepada semua ahli kelab rakan muda ,mohon anda semua memberi maklum balas secepat mungkin.. Jom meriahkan Rakan Muda @ Y- Avenue.. Bikin gempak der....

Wednesday, May 18, 2011

Peta Lokasi dan jadual acara Y- Avenue






Anda boleh memilih dan datang untuk acara - acara yang disediakan. Rujuk jadual dan peta lokasi. JOM DATANG PUTRAJAYA!!!!!

Tuesday, May 17, 2011

Y- Avenue Activities Flyers


Khas untuk remaja - remaja diluar sana, datanglah ke acara - acara di Y - Avenue pada 27 -29 Mei 2011 nanti.

Monday, May 9, 2011

Rakan Muda @ Y- Avenue sempena Hari Belia Negara 2011



















Klik untuk video promo semasa soft launching pada 6 Mei 2011

Tuesday, March 22, 2011

Pendaftaran Sukarelawan Hari Belia Negara 2011

SYARAT - SYARAT PENYERTAAN :

Berumur 18 tahun sehingga 40 tahun.

Sihat tubuh badan, fizikal dan mental

Terbuka kepada semua belia berpersatuan dan tidak berpersatuan


KEMUDAHAN SUKARELAWAN HARI BELIA NEGARA 2011

A. Makan minum disediakan

B. Helpdesk Sukarelawan

C. Kit Sukarelawan

D. Pengangkutan dalaman

E. Penginapan tidak disediakan

F. Tiada token Sukarelawan

G. Sijil penyertaan

PERATURAN SUKARELAWAN HARI BELIA NEGARA 2011

A. Pakaian

Lelaki dan Wanita: t-shirt, seluar panjang, kasut, stoking, (selipar dan sandal tidak dibenarkan)

B. Diharamkan

i. Merokok

ii. Minuman Keras

iii. Dadah

iv. Judi

C. Arahan Tetap

i. Para sukarelawan adalah tertakluk kepada semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur yang

dikeluarkan dari masa ke semasa.

ii. Demi untuk mengawal dan menjaga disiplin serta menjaga hubungan di antara para sukarelawan

dengan urusetia / ajk pelaksana, perkara-perkara berikut hendaklah difahami dan dipatuhi.

D. Ketetapan Masa

Sukarelawan hendaklah bersiap sedia 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan sepanjang program.

E. Arahan & Peraturan Tambahan

i. Semua arahan secara lisan daripada pihak penganjur merupakan arahan yang perlu diambil perhatian

dan tindakan segera.

ii. Peraturan tambahan akan dikeluarkan bergantung kepada keadaan, tempat dan masa.

iii. Arahan dan peraturan yang tidak bercanggah dengan program adalah perlu dipatuhi seperti :

a. Menjaga tata pertuturan.

b. Menjaga adab tertib.

c. Menjaga keharmonian dan peradaban bangsa dan agama.

TUGASAN UMUM SUKARELAWAN HARI BELIA NEGARA 2011

A. Melaporkan diri di helpdesk sukarelawan

B. Membantu pegawai projek dalam melaksanakan aktiviti

C. Memastikan perjalanan program dalam keadaan yang lancar dan mengikut masa yang telah ditetapkan.


Untuk mendaftar, klik pada link Borang Sukarelawan Hari Belia Negara di sebelah kiri