Monday, March 29, 2010

SERTAI CABARAN TARIAN EKSTREM RAKAN MUDA 2010






‘Cabaran Tarian Ekstrem Rakan Muda’ anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Belia Ekstrem Anti Dadah (BREAD)sempena meraikan acara Sambutan Hari Belia Negara 2010 yang akan dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.

‘Cabaran Tarian Ekstrem’ merupakan satu pertandingan tarian rancak yang penuh bertenaga melalui gabungan pelbagai elemen tarian moden seperti Shuffle, Breakdance, Hip-hop, Tecktonik, Crumping dan sebagainya. Tarian ini sangat popolar dan mendapat sambutan yang menggalakkan serta menjadi ikutan generasi muda hari ini. Tarian menarik ini juga, dilakukan dengan pergerakan badan yang sungguh kreatif dengan mengikut rentak lagu dan susunan muzik yang tersendiri. Kreativiti dan bakat luar biasa yang ditonjolkan oleh belia remaja ini amat dikagumi. Tarian Ekstrem ini merangkumi elemen Gaya Hidup Rakan Muda Kecergasan untuk membina remaja sihat, cergas dan bertanggungjawab serta bebas daripada pengaruh dan perlakuan negatif dan berupaya menyumbangkan secara produktif kepada pembangunan negara.

TARIKH : 14 HINGGA 16 MEI 2010
TEMPAT : PENTAS KARNIVAL REMAJA, PERSIARAN PERDANA PRESINT 3, PUTRAJAYA.
KATEGORI : SOLO & KUMPULAN (TERBUKA)

PENDAFTARAN : 10.00 PAGI
BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DI SEKRETARIAT HARI BELIA NEGARA, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN, W.P PUTRAJAYA
MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI :
TEL : 03-8871 3708 RAKAN MUDA / 012-2006068 (MAHADIR) / 012-6736044 (JEFF) / 03-91315867 KELAB BREAD
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 10 MEI 2010 (ISNIN)

UNTUK MENDAFTAR PENYERTAAN SILA KLIK DISINI
http://www.kelabbread.com/home.html


OBJEKTIF PERTANDINGAN :

1.Membawa konsep tarian ‘Ekstrem’ versi Remaja Malaysia yang lebih menarik dan menampilkan bakat dan keyakinan remaja yang dinamik
2.Gabungan Gaya Hidup Rakan Kecergasan dan Inovasi iaitu semangat kesukanan dan kreativiti remaja dalam mempelbagaikan elemen rentak muzik dan kekuatan stamina serta semangat kesukanan menerusi tarian ‘ekstrem’
3.Program Rakan Kecergasan seperti ini mampu membina pembangunan minda, fizikal dan sahsiah remaja
4.Program ini terbuka kepada golongan muda tanpa mengira bangsa, jantina, ideologi, lokasi, taraf hidup dan sebagainya
5.Menyediakan pelbagai aktiviti dan pilihan yang terbuka bagi memupuk semangat kekitaan yang mempunyai ciri yang mencabar bagi memberi peluang kepada golongan muda yang terlibat

SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN

1.Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
2.Mestilah berumur bawah 25 tahun (Rakan Muda)
3.Dua (2) kategori dipertandingkan iaitu secara berkumpulan dan solo.
4.Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada tiga (3) hingga lima (5) orang peserta sahaja.
5.Peserta hendaklah membawa CD muzik sendiri dan masa yang diberikan ialah tiga (3) hingga enam (6) minit sahaja
6.Peserta digalakkan untuk membawa konsep Remaja Malaysia dan boleh menggabungkan muzik selingan (irama tradisional, lagu rakyat, lakonan dan sebagainya yang bersesuaian versi Remaja Malaysia)
7.Tema pertandingan kali ini ialah ‘Generasi Remaja Bebas Jenayah’
8.Penyertaan adalah terbuka dan PERCUMA (tiada bayaran dikenakan)

LARANGAN DALAM PERTANDINGAN

9.Campuran peserta lelaki dan perempuan dalam satu kumpulan tidak dibenarkan.
10.Penggunaan muzik/lagu yang mengandungi bahasa yang kasar, melampau, lucah, tidak sopan dan unsur keganasan tidak dibenarkan
11.Pakaian peserta juga hendaklah bersesuaian dengan imej Rakan Muda dan tidak nampak seksi, melambangkan unsur-unsur negatif (seks, lucah, ajaran songsang dan sebagainya) sehingga boleh menjejaskan sensitiviti keagamaan, bangsa dan sebagainya
12.Penggunaan ‘prop’ atau gimik tidak boleh keterlaluan sehingga menjejaskan konsentrasi persembahan dan melambangkan persepsi yang negatif.

HADIAH PERTANDINGAN :

• KATEGORI KUMPULAN (TERBUKA)

JOHAN : Komputer Riba (Note Book) tajaan MIMOS Berhad (setiap seorang),Baucer tajaan AP Autocard Privilege bernilai RM1,150 (setiap seorang) & hadiah iringan
NAIB JOHAN : Baucer tajaan AP Autocard Privilege bernilai RM850 (setiap seorang) & hadiah iringan
KE TIGA : Baucer tajaan AP Autocard Privilege bernilai RM500 (setiap seorang) & hadiah iringan
KE EMPAT : Baucer tajaan AP Autocard Privilege bernilai RM300 (setiap seorang) & hadiah iringan

• KATEGORI SOLO (TERBUKA)
JOHAN : Komputer Riba (Note Book) tajaan MIMOS Berhad, Baucer tajaan AP Autocard PriviIege bernilai RM1,150 & hadiah iringan
NAIB JOHAN : Baucer tajaan AP Autocard Privilege bernilai RM850 & hadiah iringan
KE TIGA : Baucer tajaan AP Autocard Privilege bernilai RM500 & hadiah iringan
KE EMPAT : Baucer tajaan AP Autocard Privilege bernilai RM300 & hadiah iringan

* Setiap peserta akan menerima Sijil Penyertaan KBS

NOTA : KEPADA REMAJA YANG BERMINAT SILA BUAT LATIHAN DAN PERSIAPAN YANG SECUKUPNYA... JUMPA NANTI UNTUK INFO SELANJUTNYA DARI PIHAK PENGANJUR.

2 comments:

Anonymous said...

lain kali bleh tak buat kat bintulu sarawak?

Unknown Person said...

macam mne nk join ?
nk wat solo, bpe minit die bagi mase ?

thisiswhyimsoemo.blogspot.com/