Thursday, February 11, 2010


Rakan Muda ada sejarah tersendiri, lebih dari 10 tahun dahulu di mana dilihat bahawa ramai anak-anak muda tidak mahu menyertai persatuan kerana rasa kesukaran mereka dengan persatuan-persatuan yang banyak didokong oleh mereka yang bukan dalam lingkungan umur tertentu. "Maka Rakan Muda diketengahkan. Sekarang, persatuan-persatuan belia semuanya didokong oleh golongan muda,

Jadi adakah Rakan Muda masih relevan kerana dilihat seperti persatuan tetapi program-programnya dikendalikan oleh kerajaan, terutama dalam zaman yang lebih kreatif dan liberal ini?

4 comments:

Anonymous said...

bosan...
tak mencapai ape

Yusrika Bahar said...

Siapa lagi yang nak kita harapkan untuk menguruskan para remaja yang baru nak mengenal dunia kematangan ni? Selama ni siapa yang sudi mendengar dan memahami keperluan remaja Malaysia kalau bukan Rakan Muda. Selain Rakan Muda, jelas masing2 tak mahu untuk berkompromi dan bertolak ansur. Had umur keanggotaan penyertaan sehingga 40 tahun dalam ... See Morepertubuhan belia pun terlalu lama dibahaskan kenapa? Nampak sangat masing-masing tidak mempercayai golongan Muda dan ternyata ada udang disebalik batu. Sudahnya siapa yang nak bertanggungjawab menjana Belia Positif bermula dari akar umbi. Rakan Muda masih relevan cuma masalahnya bukan terletak pada remaja atau Rakan Muda itu, tapi golongan dewasa yang mencorakkan persekitaran seterusnya. Kalau Rakan Muda buat Program sebagus manapun tapi kalau kualiti persekitarannya tidak menyokong malah lebih bersikap individualistik maka impaknya hanya akan sekejap je. Remaja akan memberontak balik, mewarisi kelemahan dan beban yang ditinggalkan oleh golongan dewasa ini.

Kenapa tak semua remaja terlibat dalam program ni? Bajet dan peruntukan yang diberikan pun hanya mampu untuk cover sesetengah tempat je. Kemudian NGO pun mengharapkan dana daripada pihak kerajaan dan pihak agensi yang lain. Sedangkan dana daripada pihak kerajaan sangat terhad. Apabila ramai yang tidak menghulurkan bantuan serta menyokong usaha ... See Moreperkembangan ini maka semuanya hanya akan tinggal angan-angan saja. Menjana belia positif dimasa umur mereka sudah dewasa? Dah jadi buluh pun bukan rebung lagi tau. Senang? Bak kata pepatah sudah terhantuk baru nak terngadah. Boleh ke? Berkesan ke?

Anonymous said...

Salam.
Pendapat saya Pej. Belia & sukan daerah disaran untuk proaktif bersama Kelab ini sewajarnya. Kerana ini adalah aset Pej. Belia & sukan sendiri yg x ternilai selain Anugerah Remaja Perdana.

Bagi Pej. Belia Dan Sukan Daerah,Tahun ini kalender aktiviti dan program kurang berbanding tahun2 sebelum, dan inilah masa yg paling sesuai untuk dekati remaja di sekolah , institusi, dll bersama Kelab Rakan Muda. KRM lebih progressif bersama Pej. Belia dan pegawai2nya kerana matlamat adalah sama selain mencapai KPI. Dan Pej. Belia harap menyedari bahawa ANAK EMAS mereka ini di ANCAM.

Selain itu,dalam usaha memperkembangkan aktiviti Rakan Muda di peringkat akar umbi melalui unit Pengembangan Rakan Muda, setiap perubahan yang dilakukan dan di nilai untuk jangka masa panjang.

Jika kelab ini menjadi gangguan kepada Gerakan 4B Malaysia, Maka Caw. Rakan Muda disaran mengkaji semula kaedah dan strategi pembangunan remaja ini selain mewujudkan Kelab Rakan Muda di setiap Parlimen.

Namun hakikatnya, jika isu ini dilontarkan oleh G4B ini disebabkan peruntukan yg disalurkan kepada Kelab ini, tak perlu saya menulis panjang terhadap isu ini.

Sebaliknya, biarlah Rakan Muda menjadi program Pej. belia dan Sukan Daerah seperti sebelum ini.

Rakan Muda masih relavan dalam situasi remaja masa kini melalui aktiviti gaya hidup yg diperkenalkan. Gaya hidup ini membuatkan ramai remaja mengaktifkan diri dalam persatuan belia dan persatuan sukan di tempat masing2.

Anonymous said...

Baru2 ini, penerangan daripada pihak Majlis Belia Malaysia(MBM)-mungkin juga G4BM mempunyai pandangan yang sedemikian menjelaskan faktor cadangan pembubaran Kelab Rakan Muda seluruh Malaysia. Ia seolah-olah menjadi bentuk ancaman kepada mereka selain menganggap kecemerlangan Program Rakan Muda ini menenggelami poulariti badan2 ngo besar itu. Apabila kembali pada dasar Pembangunan Rakan Muda, program yang dilaksanakan oleh Rakan Muda adalah menjurus kepada akar umbi disetiap kawasan yang tak tercapai oleh Badan2 itu. Dan anggota serta ahli sukarelanya adalah terdiri dari awal remaja yang yang memerlukan bimbingan dari orang yang hampir sebaya dengan mereka. Jadi relevan KRM ini untuk membentuk remaja pada umur sasaran itu yang pastinya tidak dapat dilakukan oleh 2 badan besar itu. Rakan Muda bergelumang dengan keadaan sosial remaja yang penuh risiko dan menarik minat melalui aktiviti gaya hidup tatkala badan2 lain sibuk membuat program yang besar dan gah. Hal yang demikian juga tidak dapat dicapai oleh badan2 itu. Faktor akar umbi ini dikaitkan dengan pejabat belia dan sukan daerah dimana penentu kepada kejayaan diperingkat jabatan atau peringkat kementerian. Secara lahiriah dapat dilihat pelbagai kejayaan program yang dilaksanakan selama ini dari bantuan pelbagai badan dan egensi sebagai pendokong, namun faktor rohaniah atau pembentukan jiwa remaja masih dilaksana dan akan dilaksana oleh KRM sampai bila2 di peringkat akar umbi. KRM juga sedar lahirnya mereka ini adalah dari proses pembangunan dan pengembangan Rakan Muda. Dan juga masih akur dengan acuan dan corak pelaksanaan program yang selama ini dilaksanakan. Disebabkan keberkesaan Rakan Muda dalam pendekatan halus terhadap remaja, maka pelbagai sumber dan dana yang disalurkan melalui pelbagai bentuk aktiviti gaya hidup oleh KBS. Namun Rakan Muda belum masih menganggap, penstrukturan modul dan program telah berjaya kerana banyak lagi aktiviti yang perlu disesuaikan mengikut peredaran remaja masa kini. Kejayaan diukur melalui pembentukan insan yg dinamik ,prihatin dan mahir serta mampu mengharungi suasana globalisasi.

Jelas disini bahawa , pembubaran KRM adalah tidak relevan dan bertentangan dengan dasar 1 Malaysia dan melahirkan remaja Malaysia.Soal remeh-temeh yg di huraikan oleh KRM ini,pastinya tidak akan dipandang serius oleh sesiapa kerana KRM menganggap soal remeh temeh adalah perkara yang sangat serius dan titik tolak pembentukan remaja terutama diluar waktu sekolah.