Saturday, January 30, 2010

PENGGERAK RAKAN MUDA BANTU RAKAN MUDA



Penggerak Rakan Muda diseru untuk mengambil peranan yang lebih proaktif dalam menyampaikan agenda kerajaan kepada masyarakat.

Penggerak Rakan Muda perlu bergiat lebih aktif dalam mengemblengkan tenaga bagi mendekatkan diri mereka kepada golongan muda, pihak kerajaan, persatuan belia dan badan-badan NGO.

Golongan muda masa kini amat perlu didekati bagi untuk memperjelaskan mengenai misi dan visi nasional kerajaan terutama yang melibatkan mengenai progam belia. Penggerak Rakan Muda juga diseru untuk mewujudkan program dan aktiviti yang berterusan serta mampu menarik minat golongan remaja bersesuaian dengan minat dan selera remaja masa kini.

Pakej rangsangan Kementerian mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta yang akan dapat membantu salah satu usaha pihak Kementerian dalam memperluaskan Pusat Siber Rakan Muda ke seluruh Kawasan Parlimen. Pusat Siber Rakan Muda diharapkan akan dapat membantu golongan remaja untuk mengakses maklumat dalam suasana yang lebih kondusif dan terkawal.

Tambah beliau juga lagi di samping membantu pegawai-pegawai belia dan sukan, Pengerak Rakan Muda seharusnya dapat bekerjasama secara bersepadu dalam memberikan laporan dan maklumbalas mengenai kegiatan dan progam aktiviti yang dijalankan kepada pihak kementerian.

2 comments:

Kelab Rakan Muda Jerantut said...

salam.. tolong link kan ke blog krm jerantut.http://kelabrakanmudajerantut.blogspot.com/

KRM KOTA RAJA said...

Salam perpaduan. Laman kami telah bertukar alamat kepada http://krm-kotaraja.blogspot.com.

Kepada admin blog ini, mohon jasa baik anda untuk menukarnya. t/kasih.