Monday, February 23, 2009

SHOWCASE (BREAKDANCE/HIP HOP) DAN SHUFFLE RAKAN MUDA

Hiburan dan muzik sering dikaitkan dengan generasi muda yang sememangnya gemar memilih dua aspek tersebut untuk dijadikan pelengkap dalam mengisi masa lapang. Muzik dan hiburan sedikit sebanyak telah mempengaruhi budaya, ekspresi dan penampilan diri mereka.
‘Shuffle’
adalah salah satu daripada tarian rancak yang menjadi ikutan remaja hari ini. Tarian menarik ini dilakukan dengan mengikut rentak lagu dan susunan muzik yang tersendiri dipercayai berasal daripada Melburne, Australia. Tarian ‘shuffle’ ini juga, merangkumi elemen gaya hidup Rakan Muda iaitu Rakan Kecergasan yang bertujuan untuk membina remaja sihat, cergas dan bertanggungjawab serta bebas daripada pengaruh dan perlakuan negatif dan berupaya menyumbangkan secara produktif kepada pembangunan negara.
'Hip Hop' cukup popular dan menjadi ikutan anak-anak muda di negara kita. Sejarah membuktikan, muzik yang berasal dari komuniti kulit hitam Amerika itu ada kaitannnya dengan subbudaya yang mencerminkan keadaan politik, sosial dan ekonomi pada waktu itu. Rap muncul dari budaya Hip-hop. Pada mulanya ia terdiri dari 4 elemen utama iaitu seni graffiti, breakdancing, deejaying, dan tidak lupa tentang emceeing. Hip Hop adalah satu gaya hidup dengan bahasa, fesyen, muzik dan ideologinya tersendiri yang tidak putus berkembang. Pada hari ini, disebabkan breakdancing dan seni graffiti kurang menonjol, perkataan ''Rap'' dan Hip Hop seringkali disilih ganti.
Tarian Shuffle dan Hip-Hop/Breakdance kedua-duanya merangkumi elemen gaya hidup Rakan Muda iaitu Rakan Kecergasan yang bertujuan untuk membina remaja yang bebas daripada pengaruh dan perlakuan negatif. Dengan adanya pertandingan seperti ini dapat melahirkan remaja yang berdisiplin, bertanggungjawab, prihatin, mahir, dinamik, proaktif, cergas, berkepimpinan, berkemahiran, berdikari, berbudaya, patriotik, kesukarelaan dan daya juang yang tinggi.
OBJEKTIF
1. Memperkenalkan aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda untuk menggalakkan penyertaan golongan belia remaja
2. Memberi peluang dan pendedahan kepada golongan muda tanpa mengira bangsa, jantina, ideologi, lokasi, taraf hidup dan sebagainya
3. Menyediakan pelbagai aktiviti dan pilihan yang terbuka bagi memupuk semangat kekitaan yang mempunyai ciri yang mencabar bagi memberi peluang kepada golongan muda yang terlibat
4. Membawa konsep tarian Shuffle dan Hip-Hop yang lebih menarik dan menampilkan bakat dan keyakinan remaja yang dinamik
5. Memperkenalkan aktiviti Gaya hidup Rakan Kecergasan iaitu semangat kesukanan dan kreativiti remaja dalam mempelbagaikan rentak dan minat menerusi tarian Shuffle dan Hip-Hop
6. Program Rakan Kecergasan seperti ini mampu membina pembangunan minda, fizikal dan sahsiah remaja
Syarat-syarat menyertai Pertandingan Shuffle dan Showcase (Breakdance/Hip hop) Rakan Muda :
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
2. Mestilah berumur bawah 25 tahun
3. Diadakan secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada dua (2) hingga lima (5) orang
4. Masa persembahan ialah tiga (3) hingga lima (5) minit sahaja
5. Peserta digalakkan untuk membawa Konsep Remaja Malaysia dan boleh menggabungkan muzik selingan (irama tradisional, lagu rakyat, lakonan dan sebagainya yang bersesuaian dengan tema iaitu ‘Shuffle’ dan ‘Hip Hop’ versi Remaja Malaysia)
6. Penyertaan adalah terbuka dan PERCUMA (tiada bayaran dikenakan)
Larangan dalam Pertandingan :
7. Penggunaan muzik/lagu yang mengandungi bahasa yang kasar, melampau, lucah, tidak sopan dan unsur keganasan tidak dibenarkan
8. Pakaian peserta juga hendaklah bersesuaian dengan imej Rakan Muda dan tidak melambangkan unsur-unsur negatif (lucah, ajaran songsang, tahyul dan sebagainya) sehingga boleh menjejaskan sensitiviti keagamaan, bangsa dan sebagainya
9. Penggunaan ‘prop’ atau gimik tidak boleh keterlaluan sehingga menjejaskan konsentrasi persembahan dan melambangkan persepsi yang negatif

1 comment:

ARP Daerah Jempol said...

Assalam tuan moderator !

Kami 11hb April, budak2 ARP Jempol saja2 buat program Jom Shuffle. Bkn pertandingan tapi just seronok2 kumpul2 bdk2 nie. So nak mintak nasihat kit kat moderator. Jadi kami pun ambillah guna pakai peraturan shuffle di blog tuan. ok ya... thanks... ada masa jemputlah datang ya.... kami wat kecik2 jer... maklumlah takda budjet...