oleh Kelab Rakan Muda Ampang




Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia
Dataran Remaja @ Bukit Jalil (di hadapan stesen LRT Bukit Jalil) telahpun dilancarkan oleh Y.B Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Belia dan Sukan pada 03 Januari 2009 (Sabtu). Lebih 1,000 orang remaja telah mengunjungi dataran tersebut dan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang diadakan iaitu pertandingan futsal remaja, xgames (skate boarding), gerai jualan rakan wirausaha, siri kembara Go Mobile - Jelajah Rakan Muda, Promosi Keahlian Kelab Rakan Muda dan banyak lagi. Dataran remaja akan dibuka setiap minggu (hari sabtu). Kepada remaja yang berminat untuk membuka gerai jualan dan menyertai aktiviti menarik ini bolehlah menghubungi kami di Bahagian Pembangunan Rakan Muda Putrajaya. Yakin Boleh Gemilang - Rakan Muda
No comments:
Post a Comment