Friday, December 5, 2008





Bengkel Pemimpin Kelab Rakan Muda Peringkat Kebangsaan 2008 telah disertai oleh 170 orang Pengerusi Kelab Rakan Muda setiap negeri mengikut kawasan Parlimen. Bengkel ini diadakan pada 01 hingga 03 Disember 2008 bertempat di Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur. Y.B Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Belia dan Sukan turut hadir bagi Majlis Perasmian Penutup pada 03 Disember 2008. Bengkel ini akan diadakan setiap tahun bagi memastikan Kelab Rakan Muda dapat bergerak aktif serta memupuk semangat 'Yakin Boleh Gemilang' generasi muda dalam memimpin Kelab Rakan Muda serta dapat melahirkan pemimpin pelapis yang berwibawa. Selain itu, bengkel ini juga dapat memupuk semangat persahabatan sesama Kelab Rakan Muda di setiap Parlimen dan boleh bertukar-tukar idea dan pandangan bagi menarik lebih ramai remaja menyertai Kelab Rakan Muda.





2 comments:

rakanmudakbs said...

berita tentang bengkel pemimpin kelab ade kuar dalam sisipan YO! Utusan pada sabtu lepas 7hb Disember 2008

KRM SIPITANG said...

alahai tesiar jg pic budak2 sabah tu yer....wah ayu juga wajah ku pakai tudung biru time tu...teruskan perjuangan kelab rakan muda...ader msa call mee 0195802696 june....aramaittie....